Kes cabul: anggota beruniform mengaku tidak bersalah

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Seorang anggota beruniform telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Perantaraan, di sini, hari ini, terhadap dakwaan mencabul kehormatan seorang perempuan bawah umur.

Tertuduh berusia 33 tahun didakwa melakukan perkara berkenaan terhadap seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di sebuah flat kediaman di Jalan Dobi Berakas Kem sekitar Mei lalu.

Hakim Mahkamah Perantaraan, Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menangguhkan kes sehingga 12 Ogos depan. Pendakwaan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah binti Ahmad boleh membawa hukuman penjara tiga hingga 10 tahun serta sebatan.
Tertuduh diwakili oleh Peguam Bela, Lenny Rahman.