Kes cabul ditetapkan 29 Julai

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, telah menangguhkan kes mengenai seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang didakwa mencabul kehormatan seorang remaja lelaki.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah Ahmad memaklumkan mahkamah bahawa siasatan polis masih dijalankan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh berkenaan pada sekitar bulan Januari 2020. Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan tarikh 29 Julai 2020 depan bagi sebutan semula kes.

Tertuduh berhadapan hukuman penjara tiga hingga 10 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.