Kes cabul lelaki ditangguhkan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Seorang lelaki berusia 58 tahun yang berdepan empat pertuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki telah menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Perantaraan, di sini, kelmarin, dan akan membuktikan dirinya tidak bersalah dalam perbicaraan.

Hakim Mahkamah Perantaraan Muhammed Faisal PDJLDR DSP Haji Kefli menangguhkan kes hingga 26 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Haji Jamaluddin bin Haji Mohd Yassin pada mulanya menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 354B Kanun Jenayah kerana didakwa mencabul kehormatan seorang lelaki di bawah umur pada Januari lalu ketika berada dalam sebuah kenderaan.

Tertuduh menghadapi tiga pertuduhan sama yang mendakwa tertuduh melakukan serangan seksual terhadap mangsa di dalam sebuah bilik tidur di salah sebuah rumah yang terletak di Jalan Badas pada tahun ini, 2019 dan 2016.

Setiap pertuduhan membawa hukuman penjara tiga hingga 10 tahun berserta sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah Ahmad, sementara itu, tertuduh diwakili oleh Peguam Bela Ahmad Zakaria Mohammad.