Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500

    LONDON, 16 JUN – Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes kelmarin, lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.

    Sementara itu, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) juga memaklumkan kelmarin bahawa pihaknya telah mengesan 52 lagi kes di England dan masing-masing satu di Scotland dan di Wales  sekali gus mening-katkan jumlah kes yang disahkan di Britain kepada 524 setakat Selasa lalu.

    Terdapat 504 kes yang disahkan di England, 13 di Scotland, dua di Ireland Utara, dan lima di Wales.

    “Sesiapa sahaja boleh dijangkiti, terutamanya jika anda mempunyai hubungan rapat, termasuk hubungan seksual, dengan individu yang mempunyai simptom. Pada masa ini, kebanyakan kes berlaku pada lelaki gay, biseksual, atau melakukan hubungan seks dengan lelaki,” menurut UKHSA.

    Profesor Epidemiologi Penyakit Berjangkit di London School of Hygiene and Tropical Medicine, David Heymann berkata: “Adalah penting untuk tidak membuat kesimpulan atau meletakkan stigma kepada kumpulan tertentu.”

    “Meskipun risiko keseluruhan kelihatan kecil, semua orang harus terus berwaspada kerana agensi kesihatan awam juga sedang berusaha bagi membendung wabak tersebut kerana cacar monyet berpotensi menjejaskan sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti,” kata Heymann. Virus cacar monyet kini juga menjadi salah satu ancaman global. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...