Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kes cacar monyet di Israel melebihi 200

    BAITULMAQDIS, 22 OGOS – Israel merekodkan 208 kes cacar monyet setakat ini, dengan 11 kes baharu dilaporkan dalam tempoh empat hari lepas, menurut Kementerian Kesihatan Israel, kelmarin.

    Setakat ini, lebih 2,000 orang yang berisiko telah menerima dua dos suntikan vaksin, menurut kementerian itu, lapor Xinhua.

    Israel pada akhir Julai mengumumkan program vaksinasi untuk golongan berisiko, dengan penghantaran 5,600 dos vaksin dihasilkan oleh firma Denmark Bavarian Nordic.

    Penghantaran 4,400 dos lagi dijangka tiba pada September.

    Kementerian menambah bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kriteria penerima vaksin bagi memanfaatkan penggunaan semua dos serta membeli dos tambahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...