Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kes cacar monyet tidak perlukan rawatan khusus

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Kebanyakan kes cacar monyet (monkeypox) tidak memerlukan rawatan khusus, kebiasaannya para pesakit yang menghidapi jangkitan berkenaan diberi rawatan sokongan seperti melegakan kesakitan daripada ruam yang berlaku dan rawatan bagi mengawal sebarang komplikasi yang dijangka boleh terjadi antaranya super infection dan bakteria.

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Konsultan (Penyakit Berjangkit), Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Riamiza Natalie binti Haji Momin bagi menjelaskan sejauh manakah rawatan yang diperlukan individu dijangkiti cacar monyet dalam istilah perubatan saintifik, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Walau bagaimanapun, tambah beliau, rawatan antiviral bagi cacar monyet boleh ditimbangkan khususnya bagi golongan yang berisiko tinggi terdedah dengan penyakit teruk seperti mereka yang memiliki sistem imun atau daya ketahanan badan yang lemah dan kompilkasi-komplikasi tertentu.

    “Sehubungan itu, vaksinasi secara menyeluruh atau meluas pada masa ini tidak difikirkan perlu namun ia hanya diperlukan bagi mereka yang terdiri daripada golongan yang berisiko tinggi sedemikian.

    “Pada masa ini, rawatan antiviral cacar monyet belum tersedia di negara ini dan pastinya Kementerian Kesihatan akan berusaha untuk mendapatkannya,” ujarnya lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...