Kes COVID-19 di Amerika Latin lepasi dua juta orang

TULSA, 21 JUN – Jangkitan koronavirus di Amerika Latin meningkat melepasi dua juta kes kelmarin, dengan Brazil yang paling teruk terjejas mencatatkan hampir separuh kes ketika penularan virus meningkat di rantau itu.

Eropah, yang melaksanakan perintah berkurung selama berbulan-bulan untuk melambatkan virus tetapi mengakibatkan kemerosotan ekonomi, bakal melonggarkan sekatan dengan Sepanyol membuka kembali kepada pelancong dan Itali menikmati perlawanan bola sepak Serie A pertamanya dalam 103 hari.

Dengan hampir 50,000 orang terbunuh dan lebih dari satu juta kes, Brazil merupakan negara kedua paling teruk terjejas. Jumlah keseluruhan kes yang disahkan di Amerika Latin dan Caribbean sebanyak 2,007,621, menurut perkiraan AFP mengikut perkiraan rasmi. Angka tersebut sangat membimbangkan di Chile, di mana jumlah kematian hampir dua kali ganda menjadi lebih dari 7,000 orang dengan kaedah perkiraan yang disemak, dan melepasi 20,000 di Mexico. – AFP

Pegawai kesihatan membuat ujian COVID-19. Jangkitan koronavirus di Amerika Latin meningkat melepasi dua juta kes. – AP