Kes COVID-19 di India melonjak lebih 2 juta

NEW DELHI, 10 OGOS – Jumlah kes COVID-19 di India melonjak kepada 2,215,074 manakala angka korban juga meningkat menjadi 44,386, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data kementerian kesihatan persekutuan hari ini.

Sebanyak 62,064 lagi kes baharu dicatatkan dan 1,007 kematian dilaporkan untuk 24 jam lalu.

Hari ini, hari ke-11 berturut-turut lonjakan kes baharu dilaporkan lebih daripada 50,000 dan hari keempat berturut-turut apabila lebih 60,000 kes direkodkan dalam sehari.

Menurut kementerian itu, pada masa ini 634,945 kes masih aktif, sementara 1,535,743 pesakit sembuh. – Bernama