Kes COVID-19 di Indonesia lepasi angka 14,000

JAKARTA, 10 MEI – Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 14,032 kes, dengan angka kematian kini 973 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 14 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 387 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 14,032 kes,” katanya.

Achmad Yurianto berkata seramai 30,317 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan manakala mereka yang sembuh kini berjumlah 2,698 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 434 kes, diikuti Jawa Timur (143), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Pegawai Polis Indonesia berdiri mengawal ketika para pegawai terdiri daripada anggota tentera, polis dan kementerian pengangkutan memeriksa pengguna jalan raya di pusat pemeriksaan untuk mengekang penularan COVID-19 di Sumedang, Jawa Barat pada 10 Mei. – AFP