Kes COVID-19 di Vietnam kekal 1,069

HANOI, 25 SEPT – Vietnam tidak melaporkan sebarang jangkitan baharu kes COVID-19 hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes kekal pada 1,069 orang dan 35 kematian akibat pandemik itu setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan.

Lapan lagi pesakit sembuh, meningkatkan jumlah kes sembuh kepada 999, manakala lebih 21,800 orang dikuarantin dan dipantau di dalam negara. Vietnam sudah pun mencatatkan jangkitan sifar sepanjang 23 hari dalam komuniti, menurut kementerian itu lagi.

Manakala semua kegiatan di bandar tengah Da Nang, yang dahulunya pusat COVID-19 negara itu, kembali normal hari ini selepas penularan terkawal, menurut Vietnam Agency News (VNA). – Xinhua