Kes COVID-19 global cecah 17 juta

ISTANBUL, 30 JULAI – Kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 17 juta pada hari ini, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data Universiti John Hopkins.

Jumlah korban pula mencecah 667,084, dengan kes sembuh sebanyak 9.95 juta.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk diancam dengan lebih 4.4 juta jangkitan, sementara jumlah kematian melebihi 150,700 orang.

Brazil mempunyai kes jangkitan dan kematian terbanyak di Amerika Latin. Negara ini juga merekodkan kes jangkitan kedua tertinggi di dunia iaitu lebih 2.5 juta. – Bernama