NEW YORK, 14 OKT – Kes COVID-19 global sudah melepasi angka 38 juta semalam, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6:24 petang waktu tempatan.
Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia. India menduduki tempat kedua dalam kes tertinggi dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408. Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang. – Bernama