Kes COVID-19 India lepasi 30 juta

NEW DELHI, 23 JUN – Jumlah kes COVID-19 di India melebihi 30 juta hari ini selepas 50,848 lagi jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian baharu pula 1,358, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini seramai 390,660, menurut data Kementerian Kesihatan. Walaupun India telah menyaksikan penurunan kes dalam beberapa hari lalu, timbul kebimbangan berikutan kemunculan virus Delta Plus. 

Kerajaan persekutuan mengeluarkan amaran di negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh selepas banyak kes dikesan membabitkan virus baharu itu. Delta Plus ialah strain mutan baharu dari varian Delta yang pertama kali dikesan di India dan mudah merebak. – Bernama