Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kes COVID-19 Indonesia lepasi angka 5 juta

    JAKARTA, 17 FEB – Indonesia kini mencatatkan lebih lima juta kes COVID-19 sejak Mac 2020, apabila jumlah kes meningkat dengan ketara sejak beberapa minggu lalu didorong oleh varian Omicron.

    Negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu melaporkan 63,956 lagi kes hari ini, menjadikan jumlah kes yang disahkan kepada 5,030,002.

    Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan 206 kematian lagi dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian 145,822, ketika gelombang ketiga pandemik itu melanda ke seluruh negara.

    Presiden Joko Widodo menggesa semua pihak bekerja keras untuk memberi vaksin sepenuhnya kepada 208.2 juta orang di negara itu bagi mencapai imuniti kelompok.

    Bercakap dalam sidang video dengan ketua wilayah dan pegawai keselamatan dari 12 wilayah di Istana Presiden Bogor hari ini, beliau berkata vaksinasi adalah bahagian penting untuk mengawal pandemik itu dan menyeru agar vaksinasi dipercepatkan kepada warga emas dan kanak-kanak.

    Setakat ini, lebih 189.06 juta orang sudah menerima dos pertama mereka dan lebih 138.28 juta telah mengambil dos kedua vaksin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...