Kes COVID-19 Indonesia meningkat

JAKARTA, 9 MAC – Indonesia mencatatkan 13 lagi kes terbaharu virus COVID-19, menjadikan jumlah terkini 19 kes positif di republik berpenduduk lebih 270 juta orang itu.

“Sehingga hari ini, jumlah kes yang disahkan positif adalah 19 (termasuk enam kes sebelum ini),” kata Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto di Istana Presiden, Jakarta, yang disiarkan secara langsung stesen tv tempatan hari ini. –Bernama