Kes COVID-19 Iran cecah 2 juta

TEHRAN, 8 APRIL – Bilangan kes koronavirus yang disahkan di Iran melebihi dua juta hari ini, umum Kementerian Kesihatan ketika jumlah harian mencecah rekod baharu.

Virus itu telah menjangkiti 2,006,934 orang di Iran dan membunuh 63,884, kata jurucakap kementerian, Sima Sadat Lari dalam taklimat hariannya di televisyen.

Menurutnya, 22,586 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam, peningkatan lebih 1,600 pada rekod tinggi yang didaftarkan kelmarin.

Para pegawai menyalahkan peningkatan kes itu berkaitan dengan acara kunjungan keluarga dan lawatan semasa cuti tahun baharu Iran pada 21 Mac.– AFP