Kes COVID-19 lebih 1.9 juta

NEW DELHI, 5 OGOS – Kementerian kesihatan India hari ini mengumumkan kes COVID-19 di negara itu sudah pun melebihi 1.9 juta iaitu mencecah 1,908,254.

Menurut agensi berita Xinhua, memetik data kementerian, sebanyak 52,509 kes baharu dikesan dalam 24 jam lalu. Selain itu, 857 kematian dilaporkan sejak kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan korban sehingga Rabu seramai 39,795 orang.

Kadar kes sembuh di negara ini sebanyak 1,282,215 orang dan  terdapat sejumlah 586,244 kes aktif. – Bernama