Kes COVID-19 lepasi 2 juta di Brazil

BEIJING, 17 JULAI – Brazil semalam melaporkan lebih dua juta kes COVID-19, pertambahan 45,403 kes baharu dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan kini mencecah 2,012,151, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, 1,322 kematian baharu turut dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 76,688.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) menghampiri setengah juta kes baharu setiap minggu, menurut laporan The COVID Tracking Project kelmarin. – Bernama