KES COVID-19 lepasi 700,000

MOSCOW, 30 MAC – Bandar Rusia telah menjadi bandar terbaharu yang mengarahkan perintah berkurung disebabkan oleh koronavirus hari ini di mana kes yang disahkan di seluruh dunia telah melepasi 700,000 dan seluruh dunia bersedia memerangi wabak ini.

Pihak kerajaan yang risau telah mengambil langkah terbaharu penularan COVID-19 di mana angka kematian terkini di Sepanyol seramai 800 orang dalam tempoh 24 jam.

Pemimpin-pemimpin dunia memberi amaran ia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih. Bandar terbesar di Afrika, Lagos, telah bersedia untuk mengarahkan satu per tiga rakyatnya untuk terus berada di rumah.

Di seluruh dunia, hospital terdesak dengan peningkatan pesakit meskipun kerajaan memperkenalkan perubahan drastik kepada cara orang ramai menjalankan kehidupan sejak Perang Dunia kedua dengan harapan untuk memberhentikan wabak tersebut.

Langkah yang pantas ini telah menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan pekerjaan, mengakibatkan ekonomi meleset dan bandar menjadi kosong, dan pandemik tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan reda.

Pihak berkuasa membuat rondaan di sekitar Moscow, di mana ia mengumumkan perintah berkurung untuk memperlahankan penyebaran koronavirus di negara itu, manakala kes yang disahkan di seluruh dunia telah melepasi 700,000. – AFP

Lebih dari 33,000 orang telah terkorban di seluruh dunia dan kes yang telah disahkan melebihi 700,000 hari ini, menurut perkiraan AFP.

Lebih dari 3.38 bilion orang di bawah perintah berkurung.

Di Moscow, bandar terbesar di Eropah dengan populasi seramai 12 juta orang, jalan-jalan raya ditinggalkan berikutan dengan penutupan kedai-kedai yang kurang penting, termasuk kedai makan dan kafe, walaupun beberapa buah kereta masih dapat dilihat di jalan raya.

Penduduk Moscow hanya dibenarkan keluar rumah jika ada kecemasan perubatan, membuat perjalanan kerja yang penting, dan membeli bekalan makanan dan perubatan.

Orang ramai dibenarkan untuk keluar membuang sampah di dalam radius 100 meter dari rumah mereka.

Koronavirus telah menguasai Eropah, dengan Britain dan negara paling teruk terjejas Itali, memberi amaran bahawa langkah untuk mencegah penularan akan mengambil masa berbulan-bulan.

Sepanyol, negara kedua paling teruk terjejas di dunia, mengumumkan 812 lagi kematian virus dalam tempoh 24 jam, walaupun ia adalah penurunan pertama kali sejak Khamis lalu.

Perancis mencadangkan pemindahan sejumlah besar pesakit koronavirus dari hospital di bahagian Timur kelmarin, dengan dua kereta api khas berkelajuan tinggi membawa 36 orang penumpang.

“Kami terpaksa mengosongkan katil-katil, ia adalah penting,” kata Francois Brun, ketua perkhidmatan kecemasan di hospital di Metz. – AFP