Kes COVID-19 masih terkawal

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Negara Brunei Darussalam kekal mencatatkan tiada sebarang kes baharu jangkitan COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 141 orang.

Pengemaskinian status tersebut dikongsikan melalui siaran akbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, seramai 466 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 3,549 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 97 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 38,739 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.