PARIS, 27 DIS – Lebih dari 80 juta kes koronavirus disahkan di seluruh dunia sejak bermulanya pandemik setahun yang lalu dan merekodkan 1.76 juta kematian, menurut perkiraan AFP berdasarkan angka rasmi pada hari ini.
Secara keseluruhan 80,145,185 kes dan 1,756,060 kematian telah dicatatkan. Minggu lalu, secara purata 580,000 kes baharu dilaporkan setiap hari.
Eropah menjadi benua yang paling teruk terjejas, melepasi angka 25 juta kes pada Jumaat dengan 546,000 kematian.
Dari segi negara individu, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka terbesar jangkitan dengan 18,945,149 kes dan 331,916 kematian, India 10,169,118 kes dan 147,343 kematian, Brazil 7,465,806 kes dan 190,795 kematian, Rusia 3,050,248 kes dan 54,778 kematian dan Perancis 2,550,864 kes dan 62,573 kematian. – AFP






























