Kes COVID-19 meningkat lagi di Eropah

COPENHAGEN, 4 MAC – Jumlah kes koronavirus baharu telah meningkat di Eropah selepas mencatatkan penurunan selama enam minggu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

“Minggu lalu, kes baharu COVID-19 di Eropah meningkat sembilan peratus kepada lebih satu juta. Ia mengakhiri kemerosotan kes baharu dalam enam minggu, dengan lebih setengah daripada rantau kami melihat peningkatan dalam jumlah jangkitan baharu,” beritahu pengarah serantau WHO Hans Kluge pada sidang media.

“Kami melihat kebangkitan semula kes di tengah dan timur Eropah. Kes baharu juga meningkat di beberapa negara Eropah barat di mana kadar telah pun tinggi,” kata beliau. – AFP

Gambar fail menunjukkan kakitangan sedang menunggu vaksinasi di pusat vaksin Arena Treptow di Berlin, Jerman. – AP