Kes COVID-19 M’sia cecah 100,000

KUALA LUMPUR, 24 DIS – Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara kini mencecah 100,318 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes positif harian pula mere-kodkan sebanyak 1,581 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 18,773.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh COVID-19 hari ini ialah 1,085 menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih sepenuhnya ialah 81,099 orang.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,579 kes.” – Bernama