Tuesday, October 4, 2022
24.3 C
Brunei

Kes COVID-19 M’sia meningkat 20,780

-

KUALA LUMPUR, 11 OGOS – Kes baharu positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 20,780 kes hari ini berbanding 19,991 kes dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran dalam laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,320,547.

Selangor kekal penyumbang kes tertinggi dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514) dan Pulau Pinang (1,385).

Kelantan pula merekodkan 1,284 kes, Negeri Sembilan (1,015), Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (3). – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -