Kes COVID-19 S’pura lepasi 39,000

SINGAPURA, 11 JUN – Singapura melaporkan 422 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari ini dengan majoriti yang dijangkiti virus itu adalah warga asing yang menetap di asrama pekerja.

Dengan kes terbaru itu, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 39,387 kes.

Data hari ini menunjukkan hanya lima kes komuniti, iaitu satu melibatkan warganegara Singapura dan empat adalah pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). Menurutnya, ia masih lagi meneliti butiran kes tersebut dan akan mengemas kini maklumat lanjut kemudian. – Bernama