Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kes COVID-19 UK lepasi 13 juta

    LONDON, 2 JAN – Britain melaporkan 162,572 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes koronavirus di negara itu kepada 13,100,458, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam, lapor Xinhua.

    Britain juga melaporkan 154 lagi kematian berkaitan coronavirus iaitu menjadikan jumlah keseluruhan 148,778, dengan 11,918 pesakit COVID-19 masih di hospital.

    Data semalam tidak termasuk Scotland, Wales dan Ireland Utara disebabkan perbezaan dalam jadual pelaporan pada hujung minggu berikutan Tahun Baharu.

    Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata sekatan selanjutnya mesti menjadi ‘pilihan terakhir’ dan Britain kini perlu ‘hidup bersama’ virus itu pada 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...