Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Kes COVID di Labuan kembali meningkat

    LABUAN, 15 JULAI – Pulau bebas cukai di sini merekodkan trend peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu lalu dengan 40 kes aktif dilaporkan setakat hari ini.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata kebanyakan kes adalah penularan tempatan dengan hanya 10 peratus kes import.

    Kami telah menjangkakan aliran meningkat berikutan pembukaan semula sempadan dan sektor ekonomi. Bagaimanapun, keadaan terkawal berikutan peningkatan bilangan individu telah lengkap dos suntikan vaksin,” katanya.

    Dr Ismuni menambah bahawa pulau itu telah merekodkan dua digit kes sejak beberapa hari lalu dengan 14 kes dilaporkan kelmarin.

    “Kita tidak boleh terlalu bimbang tentang trend meningkat kerana semua kes adalah dalam kategori satu dan dua…tiada pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...