Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kes COVID di seluruh dunia melebihi 500 juta

    MOSCOW, 13 APRIL – Jumlah kes COVID di seluruh dunia telah melepasi jumlah 500 juta, manakala angka kematian pula melebihi enam juta, menurut data terkini daripada Universiti Johns Hopkins.

    Sehingga kini, jumlah jangkitan COVID telah mencecah 500,363,741, dengan 39,980,541 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari lepas, lapor Sputnik.

    Angka kematian global kini mencecah 6,183,944, dan 136,432 pesakit maut sejak 28 hari lalu.

    Sementara itu, lebih 11 bilion dos suntikan vaksin COVID telah diberikan di seluruh dunia sejak wabak itu melanda.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.- Bernama

    Seorang kakitangan kesihatan mengarahkan penduduk untuk keluar dari rumah bagi menjalani ujian saringan COVID di China. Jumlah kes COVID di seluruh dunia telah melepasi 500 juta.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...