Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kes COVID meningkat, sekatan pergerakan diperluas

    BEIJING, 24 NOV – Sekatan pergerakan pandemik diperluaskan di seluruh China, termasuk sebuah bandar tempat pekerja kilang bertikai minggu ini bersama polis, ketika jumlah kes COVID-19 mencecah rekod harian.

    Penduduk di lapan daerah Zhengzhou, yang menempatkan 6.6 juta orang, diarah berkurung di rumah selama lima hari mulai hari ini kecuali untuk membeli makanan atau mendapatkan rawatan perubatan.

    Ujian beramai-ramai harian telah diperintahkan dalam apa yang kerajaan sebut sebagai ‘perang penghapusan’ terhadap virus itu.

    Semasa pertikaian Selasa dan Rabu, polis Zhengzhou memukul pekerja yang membantah pertikaian gaji di kilang terbesar untuk iPhone Apple, yang terletak di zon perindustrian berhampiran bandar.

    Foxconn, pemilik kilang yang berpangkalan di Taiwan, memohon maaf hari ini, atas apa yang dipanggil ‘kesilapan input dalam sistem komputer’ dan berkata ia akan menjamin bahawa bayaran adalah sama seperti yang dipersetujui dalam poster pengambilan rasmi.

    Dalam 24 jam sebelumnya, jumlah kes baharu COVID meningkat sebanyak 31,444, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini. Ia adalah angka harian tertinggi sejak koronavirus pertama kali dikesan di bandar Wuhan di tengah China pada akhir 2019.

    Jumlah kes harian telah meningkat secara berterusan. Minggu ini, pihak berkuasa melaporkan kematian COVID-19 pertama di China dalam tempoh enam bulan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 5,232. – AP

    Kakitangan Kesihatan membawa kit swab dan tiub dengan menaiki basikal di sepanjang jalan di Beijing pada 24 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...