Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kes COVID tunjuk penurunan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Jumlah kes jangkitan baharu COVID di Negara Brunei Darussalam menunjukkan penurunan dengan 1,666 kes baharu dilaporkan hari ini, membawa jumlah keseluruhan kepada 120,600 kes.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan bahawa daripada jumlah kes baru tersebut, 1,430 adalah hasil ujian pantas antigen (ART) yang telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth manakala 236 adalah hasil 2,278 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Pada sidang media Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa pesakit COVID yang berada dalam kategori 4 di negara ini bertambah enam kes kepada 22 kes, manakala itu, lima kes dalam kategori 5.

    Jumlah kes dalam kategori 4 dan 5 pada ketika ini ialah 10.4 peratus daripada keupayaan rawatan kategori-kategori berkenaan di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tambah beliau.

    Sementara itu, 5,274 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 100,048 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 20,375 kes.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa mengongsikan jumlah kes jangkitan baharu di negara di bertempat di Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 6 peratus.

    “Dalam pada itu, 214 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 20,161 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah Yang Berhormat Dato.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, beliau menjelaskan bahawa 59.2 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini telah menerima tiga dos vaksin manakala kadar satu dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94 peratus.

    “Bagi sekatan pergerakan yang dijalankan dari 12 malam semalam hingga 4 pagi tadi, Alhamdulillah, tidak ada pelanggaran arahan telah dikeluarkan denda kompaun di seluruh negara,” ujar beliau.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru orang ramai untuk memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala mara bahaya, semoga semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...