KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas.
Selain kerajaan, empat pihak tersebut ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.
Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy ketika dihubungi hari ini berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada 27 April lepas.
“Kes ditetapkan untuk pengurusan kes secara e-Review di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan pada 27 Julai ini,” katanya. – Bernama