Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Mahkamah Majistret, hari ini, membenarkan kes dua orang lelaki warga asing yang berdepan pertuduhan cuba menyeludup keluar dua lelaki didengarkan di Mahkamah Perantaraan.
Ketua Majistret, Mohammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh untuk kes Sidek bin Manjaraf, 55, dan Liton Sheikh, 28, dipindahkan pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Sidek dan Liton didakwa cuba menyeludup keluar Mohd Nazmul Haque, 30, dan Mohammad Abdul Bepari, 36, ke Malaysia pada 7 April 2017.
Mohd Nazmul dan Mohammad Abdul pula telah dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan.