Kes curi, serang dan khianat ditetapkan 24 Ogos

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, menetapkan 24 Ogos dan seterusnya bagi perbicaraan seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun yang telah menafikan dakwaan mencuri, menyerang dan khianat.

Tarikh itu ditetapkan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman. Fakta kes oleh Timbalan Pendakwa Raya Syafina Abdul Hadzid mendakwa Muhammad Rabani Safwan Shah @ Abdul Qayum bin Haji Siasgar melakukan curi di sebuah kedai runcit di Kampung Mentiri pada 5 Mei 2020.

Tertuduh juga didakwa menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun dan melakukan khianat kepada kereta lelaki berkenaan pada Februari 2020.