SAN FRANCISCO, 13 OKT – Walgreens mengatakan kelmarin mereka akan menutup lima lagi kedai di San Francisco bulan depan kerana kes kecurian terancang di bandar yang mempunyai kadar kecurian yang tinggi.
Kedai tersebut akan ditutup bulan depan, lapor SFGATE. Mereka mengatakan Walgreens telah menutup sekurang-kurangnya 10 buah kedai di bandar sejak awal tahun 2019.
“Pencurian runcit di kedai-kedai San Francisco terus meningkat dalam beberapa bulan hingga lima kali ganda purata rantaian kami,” walaupun terdapat peningkatan keselamatan yang besar, kata jurucakap, Phil Caruso.
Penyelia San Francisco, Ahsha Safai mengatakan dia merasa hampa dengan kehilangan kedai Mission Street yang telah ‘menjadi kebiasaan bagi warga emas, keluarga dan anak-anak selama beberapa dekad.” – AP