Kes demam denggi beri cabaran baharu

DHAKA, 26 JULAI – Lonjakan kes demam denggi di Bangladesh telah menimbulkan cabaran baharu kepada pihak berkuasa di negara itu yang ketika ini turut bergelut dengan ancaman peningkatan COVID-19, lapor Agensi Anadolu, kelmarin.

“Denggi telah menjangkiti banyak orang sejak beberapa hari kebelakangan ini dan telah menjadi masalah baharu kepada kerajaan,” kata jurucakap Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Nazmul Islam pada taklimat media maya.

Menurut kemas kini terbaharu yang dikeluarkan kelmarin, tahun ini terdapat 1,679 pesakit demam denggi termasuk 102 orang yang disahkan dijangkiti dalam tempoh 24 jam. – Bernama