Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Kes demam denggi di Hanoi berganda

    HANOI, 18 SEPT – Ibu kota Vietnam, Hanoi merekodkan 2,010 kes demam denggi sepanjang minggu lalu di 29 daerah, menggandakan jumlah yang dilaporkan pada minggu terakhir Ogos, menurut pusat kawalan penyakit di bandar itu hari ini.

    Hanoi juga telah melaporkan 72 lagi titik panas demam denggi dalam seminggu, dengan titik panas terbesar dikesan di daerah Phu Xuyen, Hoang Mai, Cau Giay dan Ha Dong.

    Sejak awal tahun ini, bandar raya itu melaporkan 10,372 kes, empat kali lebih tinggi daripada tempoh sama tahun lalu, termasuk tiga kematian.

    Kementerian Kesihatan Vietnam telah menghantar pakar-pakar untuk membantu Hanoi dalam tugas-tugas pencegahan dan kawalan demam denggi, manakala kempen pembersihan alam sekitar sedang dijalankan di kawasan-kawasan berbeza di ibu negara, lapor akhbar tempatan Vietnam News.

    Menurut kementerian kesihatan itu, Vietnam melaporkan tambahan 5,180 kes demam denggi dari 8 hingga 15 September, yang meningkatkan jumlah jangkitan di seluruh negara kepada 81,808, termasuk 23 kematian.

    Jenis virus dilaporkan sama seperti yang dominan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan jumlah kes jangkitan diramalkan meningkat. – Xinhua

    Gambar Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...