Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kes demam campak meningkat

    YAOUNDE, 15 MEI – Kementerian Kesihatan Awam Cameroon semalam berkata kes campak di negara itu meningkat kepada 4,677 dengan 18 kematian direkodkan.

    “Situasi epidemiologi campak semakin membimbangkan dengan liputan vaksin yang tidak mencukupi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan sebilangan besar kanak-kanak tidak divaksinasi,” lapor Xinhua memetik kementerian.

    Menurut kementerian itu, kempen vaksinasi kebangsaan terhadap campak dan rubella akan dianjurkan dari 28 Jun hingga 2 Julai bagi mengekang penularan penyakit itu.

    Tanda dan simptom termasuk demam, ruam, batuk, mata merah dan hidung berair, kata pegawai, sambil memberi amaran bahawa komplikasi campak adalah teruk pada kanak-kanak yang kurang zat makanan dan anak damit di bawah umur dua tahun.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...