Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kes denggi di Laos lebih 20,000

    VIENTIANE, LAOS 25 OGOS – Angka kes denggi di Laos melebihi 20,000 dalam tempoh lapan bulan pertama 2022, menurut Kementerian Kesihatan Laos.

    Laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat dan Pendidikan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Laos pada Khamis berkata negara itu melaporkan 224 kes baharu demam denggi, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 20,135 kes dengan 17 kematian direkodkan.

    Bilangan tertinggi pesakit denggi dilaporkan di ibu negara Laos, Vientiane iaitu 10,190 kes, dengan 2,594 kes di Luang Namtha, dan 1,261 kes di wilayah Attapeu.

    Ia mencatatkan 17 kematian termasuk lima di Vientiane, empat di Attapeu, tiga di Saravan, dua di Luang Namtha dan Xieng Khuang, dan satu di wilayah Oudomxay, lapor Xinhua.

    Orang ramai diminta membersihkan tempat yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk di sekitar rumah dan tempat kerja mereka untuk membantu mengawal penularan penyakit itu.

    Jika ada yang jatuh sakit, mereka harus mengesyakinya sebagai denggi dan segera melakukan ujian darah di hospital, menurut Kementerian Kesihatan Lao.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, demam denggi adalah antara jangkitan yang paling cepat muncul, dengan Thailand, Laos, Filipina dan Singapura juga mengalami jangkitan yang tinggi.

    Bilangan kes denggi di rantau Pasifik Barat meningkat lebih dua kali ganda sejak 10 tahun lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...