Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kes denggi di Sabah meningkat 101.9 peratus

    KOTA KINABALU, 18 JULAI – Kes denggi di Sabah meningkat dengan 1,791 kes direkodkan setakat 2 Julai lepas berbanding 887 kes untuk tempoh sama pada 2021, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

    Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 101.9 peratus, justeru Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang mengambil langkah segera untuk mengatasi situasi tersebut.

    “Langkah proaktif menangani kes denggi ini sedang giat dilaksanakan antaranya pemantauan kes dan aktiviti kawalan denggi dengan menjalankan aktiviti kawalan vektor melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan untuk setiap kes tunggal atau wabak.

    “JKNS melaksanakan gotong-royong ‘Mega Negeri Sabah’ pada 25 Jun 2022 dan 30 aktiviti gotong-royong kecil telah dilaksanakan di daerah-daerah negeri ini,” katanya menjawab soalan Hiew Vun Zin (Warisan-Karamunting) mengenai usaha kerajaan membanteras wabak denggi daripada terus meningkat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...