Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kes denggi Minggu Epidemiologi ke-17 menurun

    KUALA LUMPUR, 3 MEI – Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-17 iaitu bagi tempoh 22 hingga 29 April lepas menurun sebanyak 5.4 peratus atau 102 kes kepada 1,775 kes berbanding 1,877 kes pada minggu sebelumnya.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (gambar-Bernama) berkata dalam tempoh sama, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

    “Sehingga kini, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan ialah 36,997 kes, namun merekodkan peningkatan 24,056 kes atau 185.9 peratus berbanding 12,941 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

    Dr Muhammad Radzi berkata dalam ME sama, terdapat 103 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 116 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan 58 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (25) dan Sabah (tujuh).

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terdapat enam lokaliti, diikuti Perak (lima), serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Sarawak.

    Sementara itu, bagi survelan chikungunya, beliau berkata, terdapat empat kes dilaporkan pada ME ke-17 dengan dua kes di Selangor dan masing-masing satu di Kedah serta Perak yang menjadikan kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 1,242 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...