Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Kes dera kanak-kanak di Jepun meningkat

    TOKYO, 7 SEPT – Jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pusat perundingan kanak-kanak di seluruh Jepun mencecah rekod 219,170 pada tahun 2022, memetik data kerajaan hari ini.

    Kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun meningkat 11,510 berbanding tahun sebelumnya, mencecah paras tertinggi untuk tahun ke-32 berturut-turut, sejak statistik bermula pada tahun 1990, menurut data dikeluarkan oleh Agensi Kanak-kanak dan Keluarga, lapor Xinhua.

    Penderaan psikologi menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu, dengan kira-kira 129,500 kes, peningkatan lebih 4,700 kes berbanding tahun sebelumnya.

    Sementara itu, penderaan fizikal menyumbang hampir 24 peratus, dengan kira-kira 51,700 kes, diikuti pengabaian kira-kira 16 peratus, iaitu kira-kira 35,600 kes.

    Kira-kira satu peratus daripada kes melibatkan penderaan seksual, dengan anggaran 2,500 kes. – Bernama

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...