Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kes dera kanak-kanak, suami isteri didakwa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Pendakwa Raya hari ini telah mengemukakan dakwaan terhadap pasangan suami isteri yang melakukan penderaan, berkaitan dengan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

    Lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu didakwa menyerang mangsa antara Ogos dan September ini, ketika mangsa berada di bawah jagaan mereka.

    Tiada kaitan hubungan antara defendan dan mangsa dinyatakan di mahkamah buat ketika ini. Defendan telah ditangkap pada 17 September dan siasatan kes mereka dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.

    Majistret Harnita Zelda Skinner memerintahkan kedua-duanya direman selama seminggu bagi memudahkan siasatan polis dan menangguhkan kes hingga 26 September.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...