Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kes gagal hadapkan cukai pendapatan disemak semula

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Mahkamah Tinggi, di sini, pada 16 Mei lepas telah menyemak semula perintah Mahkamah Majistret dalam kes Cukai Pendapatan kerana mendapati keputusan mahkamah rendah ‘tidak mampan’.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong menyemak keputusan itu atas permohonan pendakwa raya dalam kes terhadap Bebatik Aquaculture Sdn Bhd.

    Syarikat tersebut, setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada 9 April lalu atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai pendapatan bagi tahun 2017 hingga 2020, telah diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $4,000 dalam tempoh enam bulan.

    Mahkamah Majistret juga memerintahkan supaya pendakwa raya meneruskan saman sivil terhadap syarikat itu, sekiranya mereka gagal menyelesaikan denda tersebut. Ketua Hakim Negara mengubah perintah asal dengan perintah, jika gagal membayar denda, waran bagi levi jumlah berkenaan dengan penjualan mana-mana harta kepunyaan syarikat tanpa pihak pendakwaan perlu membuat sebarang permohonan.

    Keputusan itu dibuat selepas Ketua Hakim Negara menyemak kes dan mendapati keputusan mahkamah rendah adalah salah. Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Hajah Nor ‘Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mewakili pendakwa raya dalam permohonan itu manakala syarikat diwakili pengarahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...