Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes ganggu orang awam: Tarikh perbicaraan akan ditetapkan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun telah meminta untuk dibicarakan terhadap pertuduhan mengganggu orang awam dalam keadaan mabuk, di Mahkamah Majistret hari ini.

    Susulan pengakuan tidak bersalahnya, Adi Farid Riswandi bin Idris telah diperintahkan oleh Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni untuk hadir ke mahkamah pada 27 November, bagi penetapan tarikh perbicaraan dalam kes itu.

    Pertuduhan Pendakwa Raya Nurulatikah binti Haji Husaini terhadap defendan mendakwa dia menyebabkan kegusaran kepada vendor-vendor dan para pelanggan di sebuah premis perniagaan di Pasar Malam Gadong sekitar 11 malam pada 11 November lalu.

    Pertuduhan itu membawa hukuman penjara enam bulan dan denda.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda