Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kes harian COVID India lepasi angka 10,000

    NEW DELHI, 16 JUN – Jumlah kes baharu COVID harian di India terus meningkat dengan pantas apabila 12,213 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Persekutuan hari ini.

    Ini kali pertama sejak beberapa bulan lalu jumlah kes baharu setiap hari melepasi 10,000, lapor Xinhua.

    Menurut data itu, kadar peningkatan jumlah kes baharu COVID sejak dua hari lalu adalah sekitar 35 peratus. Jumlah kes baharu yang didaftarkan setiap hari meningkat hampir dua kali ganda sejak dua hari lalu.

    Selain itu, 11 orang meninggal dunia akibat wabak itu di seluruh negara sejak pagi kelmarin, menjadikan korban setakat ini berjumlah 524,803.

    Meskipun menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam jumlah kes baharu COVID setiap hari, pihak berkuasa kesihatan menolak kemungkinan berlakunya gelombang COVID lain di negara itu.

    Setakat ini, masih terdapat 58,215 kes aktif di negara itu – peningkatan sebanyak 4,578 dalam tempoh 24 jam lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...