Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Kes harian COVID Vietnam cecah rekod baharu

    HANOI, 6 MAC – Jumlah kes harian COVID di Vietnam memuncak kepada rekod baharu hari ini iaitu sebanyak 142,136, pertambahan sekitar 10,319 daripada rekod kelmarin, menurut Kementerian Kesihatannya.

    Jangkitan baharu itu dicatat di 61 buah kawasan di seluruh negara itu termasuk 142,128 jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import.

    Bandar Vietnam, Hanoi kekal menjadi titik panas epidemik dengan 29,578 kes dilaporkan hari ini, juga rekod harian baharu, disusuli dengan wilayah utara Bac Ninh dengan 8,355 kes, dan wilayah tengah Nghe An mencatatkan 7,579 kes.

    Hari ini pihak berkuasa juga merekodkan 60,044 kes COVID yang dikesan di wilayah utara Bac Giang dan Hoa Binh.

    Jangkitan itu membawa jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,434,700 dengan 40,813 kematian. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...