Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes import dikhuatiri cetus gelombang kedua di China

    BEIJING, 24 MAC – China mencatatkan 78 kematian terkini akibat COVID-19, kebanyakannya dibawa dari luar negara, sekali gus meningkatkan kebimbangan tercetusnya gelombang kedua jangkitan negara ini.

    Ini berikutan kes pertama dilaporkan di Wuhan, yang juga lokasi punca koronavirus itu, dalam tempoh seminggu ini diikuti tiga jangkitan rakyat tempatan di tempat lain di negara itu.

    Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata tujuh kematian yang dicatatkan itu kesemuanya adalah dari Wuhan.

    Bagaimanapun, katanya, 74 kes lagi adalah jangkitan positif import yang dicatat hingga hari ini.

    “Dengan 74 kes import itu, ia adalah yang tertinggi sejak pegawai mula melaporkan data pada awal bulan ini dan menjadi hampir dua kali ganda berbanding angka semalam (Isnin),” katanya.

    Sejak beberapa hari kebelakangan ini, hampir semua jangkitan baharu yang direkodkan adalah dari luar China dan Beijing dilaporkan semakin cemas kerana berlaku peningkatan mendadak yang mungkin menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.

    Di seluruh negara, pandemik COVID-19 membunuh lebih 16,000 orang, sementara kes import di China meningkat kepada 427 orang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda