Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kes jangkitan baharu melonjak 306

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Sebanyak 306 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 304 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan dua kes hasil daripada 156 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 148,395 kes,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Menurut beliau lagi, tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala itu, satu kes sedang berada dalam kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    “Sebanyak 233 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes keseluruhan kepada 146,639 kes,” jelas Yang Berhormat Dato lagi.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,533 kes iaitu lima kes sedang dirawat di hospital manakala 1,528 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Oleh kerana semua pusat vaksinasi tidak beroperasi semalam, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan bahawa statistik terkini program vaksinasi kekal seperti yang dinyatakan dalam sidang media semalam iaitu 80.4 peratus kanak-kanak dalam kumpulan umur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksinasi COVID dan 47.4 peratus juga telah mendapatkan dos kedua.

    “Sementara itu, 70.4 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah menerima tiga dos vaksin,” tambahnya.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk memanjatkan doa dan bertawakal agar Negara Brunei Darussalam dan rakyat serta penduduknya sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah SWT dalam menjalani endemik ini dan diberikan keselamatan daripada segala fitnah dan wabak penyakit.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media tersebut, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...