Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kes jangkitan baharu turun bawah 200

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Kes jangkitan COVID di negara ini mencatatkan penurunan berterusan apabila 187 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 161 kes hasil ujian ART dan 26 kes adalah hasil dari 752 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes dilaporkan di negara ini setakat ini ialah 139,465 kes.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan statistik itu pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Menurut Yang Berhormat Dato, terdapat satu kes yang dikategorikan dalam kategori 5 yakni mereka yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU).

    “Manakala tidak ada kes berada dalam kategori 4,” kongsinya lagi.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa menghadiri sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    Terdapat satu kes yang dikategorikan dalam kategori 5 dan sedang dirawat di unit rawatan intensif (ICU).

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menjelaskan bahawa sebanyak 521 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 137,184 kes.

    “Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 2,064 kes iaitu 43 kes sedang dirawat di hospital manakala 2,021 kes sedang menjalani peng-asingan diri di rumah,” kata beliau.

    Dalam masa 24 jam yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan memaklumkan bahawa satu kes COVID-19 telah meninggal dunia di mana kes tersebut tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

    “Di kesempatan ini, saya mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Al-Fatihah.”

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru kepada orang ramai untuk memohon keampunan dan hidayah daripada Allah SWT dan terus memanjatkan doa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa diberikan keafiatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...