Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kes jangkitan COVID-19 Brunei cecah 51,000

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Dua kematian telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan satu daripadanya dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

    Daripada dua kes kematian tersebut juga, satu kes telah divaksinasi dengan satu dos, dan satu kes lagi tidak divaksinasi.

    Dengan kematian itu, kini Negara Brunei Darussalam mencatatkan jumlah kes kematian keseluruhan (sejak Mac 2020) sebanyak 63 kes, menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini.

    Kementerian Kesihatan juga mengongsikan bahawa empat kes kini berada dalam kategori 5, dan sembilan kes berada dalam kategori 4.

    Sementara itu, sebanyak 3,461 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 51,516 orang.

    Ia adalah hasil daripada pengesanan ujian swab RT-PCR iaitu sebanyak 774 kes dan 2,687 lagi menerusi ujian pantas antigen (ART). Manakala itu, sebanyak 5,126 jumlah ujian makmal telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Manakala 1,255 kes pula telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes sembuh kepada 24,848, sementara jumlah kes aktif ialah sebanyak 26,553 kes.

    Menurut kenyataan lagi, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 7.7 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin (24 Februari), kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 95 peratus, kadar bagi yang telah menerima dua dos vaksin ialah 94.2 peratus, manakala kadar bagi yang telah menerima tiga dos ialah 53.3 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...